WORK FROM HOME – APAKAH TUNTUTANNYA
WORK FROM HOME - APAKAH TUNTUTANNYA?

Bekerja dari rumah sepanjang PKP memerlukan DISIPLIN yg TINGGI.

Pelaksanaan PKP bukanlah bermaksud mereka mendapat cuti percuma. Kerja tetap harus dibuat tetapi perlaksanaannya adalah secara bekerja dari rumah (BDR) dan ia adalah tidak mudah.



Copy of motivational inspirational youtube video thum - Made with PosterMyWall
DISIPLIN DIRI SAAT WORK FROM HOME

 Kerja Dari Rumah perlukan budaya disiplin diri berkelas tinggi!! ADA 3 TIPS yang PENTING yang anda perlu hadam.

INTEGRITI

Integriti tanpa diaudit, bukannya lagi budaya menipu untuk melepasi audit. Kerja Dari Rumah juga adalah berasaskan KEPERCAYAAN yang tinggi untuk sama-sama mencapai KPI organisasi!

TIME MANAGEMENT

Kerja Dari Rumah adalah tentang DISIPLIN DIRI! WAKTU kerja perlu bekerja, jangan sampai seluruh waktu di rumah terganggu dengan kerja. Aturkan waktu bersama keluarga dan kerja. Keluarga perlu faham waktu ibu bapa bekerja dan ibu bapa perlu adil mengagihkan masa bekerja dan keluarga.

RASA SYUKUR

Bersyukurlah dengan penjimatan masa perjalanan, kemudahan urusan waktu rehat dan kebersamaan dengan keluarga di rumah.

Anda PATUT RASA BERSYUKUR kerana di luar sana ramai yg kehilangan pekerjaan. Ada juga gaji yg tidak dibayar atau dipotong beberapa peratus.

"Utamakan KEBERKATAN dalam gaji yang kita dapat kerana ia tetap perlu dititikberatkan tanpa mengira dari mana kita bekerja"