MEMAHAMI MAKNA AIDILFITRI
Jika diteliti maksud Aidilfitri yang sebenar gabungan dua perkataan iaitu Aid dan Fitr.

MEMAHAMI MAKNA AIDILFITRI

hi_03.1

Perkataan Aid berasal daripada `aud ٌـودَع (bererti ulangan. Ia menjelaskan sama ada hari raya itu berulang pada setiap tahun, atau kegembiraannya berulang setiap kali menjelang hari raya atau banyaknya nikmat Allah s.w.t dikurniakan kepada hamba-hambaNya pada hari raya tersebut.)

Fitr pula membawa maksud fitrah. Fitrah di sini bermaksud hari kembalinya kesucian kepada kita. Ia bermaksud kita dahulunya berasal daripada seorang yang suci daripada noda dan dosa iaitu di waktu kita dilahirkan. Di dalam melalui perjalanan kehidupan tentulah ada sedikit sebanyak terpalit dosa dan kesalahan. Maka dengan hadirnya Aidilfitri, ia seolah-olah mengembalikan kita kepada fitrah atau kesucian buat kali kedua dengan terhapusnya dosa rentetan ibadah puasa yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan. Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim),

Selamat-Hari-Raya

FALSAFAH AIDILFITRI

Aidilfitri merupakan hari kemerdekaan umat Islam kerana 1 Syawal merupakan hari pertama selepas bulan Ramadan di mana umat Islam kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi seperti makan dan minum di siang hari, melakukan hubungan suami isteri tanpa batasan waktu serta larangan khusus yang lain pada bulan Ramadan. Ia adalah hadiah daripada Allah s.w.t selepas sebulan umat Islam menyerahkan jiwa raga mereka kepadaNya. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat menempuh ujian tahunan yang Allah S.W.T sediakan bagi menguji siapakah yang terbaik dalam melaksanakan ibadah kepadaNya. 


Aidilfitri juga merupakan hari kemenangan secara spritual atau rohani. Ini kerana ia adalah puncak kemenangan manusia dalam peperangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa di bulan Ramadan adalah senjatan terkuat manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada berbuat dosa. 


Maka, hari raya Aidilfitri adalah satu ganjaran kemenangan daripada Sang Pencipta kepada hambaNya. Dengan menghayati falsafah Aidilfitri ini, sepatutnya berlegar di benak fikiran kita apakah saban tahunkita merayakan Aidilfitri telah ada juga tersemat gambaran simbolik perayaan ini sebagaimana di atas?


Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Math Captcha
9 + 1 =